Saturday, August 28, 2010
Hak Ibu bapa anak
Alhamdulillah, hadir kuliah subuh pg td di surau sek. 9 semoga ilmu yg diperolehi dapat dimanfaatkan dan mudah2an Allah permudahkan urusan di dlm mendidik anak2 supaya menjadi insan cemerlang dunia & akhirat. Amat besar hak dan tanggungjawab kita terhadap anak2 kerana ianya akan dipersoal di akhirat kelak sama ada kita telah memberikan mereka ilmu agama yg mencukupi semasa di dunia ini supaya tidak mendatangkan fitnah kepada kita di kemudian hari. Diriwayatkan, seorang bapa ygmana kaki kanannya telahpun memasuki pintu syurga demi terpandang oleh anaknya yg di dalam neraka, anak itu tadi tidak mengharamkan bapanya dr menjadi penghuni syurga kerana semasa di dunia tidak sedikitpun mengajarnya tentang ilmu agama kepadanya. Sepantas itu juga malakait menarik kembali bapa td dan bersama2 anaknya di dalam neraka. Justeru, marilah kita sama2 mendidik anak2 kita kearah kebaikan, tekankan kpd mereka dosa & pahala, kewajipan solat, menutup aurat & jgn sesekali menderhaka kepada ibu bapa. Gejala buang bayi yg berleluasa kebelakangan ini adalah kerana kurangnya didikan agama individu berkenaan dan siapakah yg perlu dipersalahkan. Dr statistik JPN sejumlah 236,000 bayi luar nikah didaftarkan dr thn 2000-2009, jumlah yg amat menakutkan. Datuk Dr. Fatwa di dalam ceramahnya mengajak bakal ibu & bapa memasang niat yg betul kenapa di dalam sesebuah rumahtangga itu perlu adanya zuriat antaranya ialah anak yg soleh utk mendoakan kita kelak, sebagai penyambung silatulrahim apabila kita tiada etc.... jd marilah kita bersama berdoa agar anak yg dianugerahkan kepada kita bukan shj menyedapkan mata memandang ttp disayangi oleh Allah S.W.T kerana Allah tidak akan meredhai hamba2nya sekiranya tidak mendapat keredhaan dr ibubapanya. Ya Allah, aku memohon dgn rasa rendah diri jadikanlah anak2ku anak2 yg soleh & solehah. Taat & patuh kpd suruhanMu dan meninggalkan segala laranganMu. Engkau permudahkanlah urusan mereka dan berkatilah segala yg mereka usahakan, Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment